LIPSTIK GEL SEMI-MATTE MARY KAY

Kalau uolls macam kaknor yang mahukan lipstick tahan lama tapi tak mengandungi plumbum, inilah jawapannya. Lipstik warna matte dah jadi trend semasa, jadi nak tak nak kena la ikut trend, kan? Tapi kesihatan tetap kena jaga. Kaknor dah tak sanggup risikokan wajah sendiri untuk nampak cantik. Katakan TIDAK kepada gincu berplumbum!

Penyelesaiannya? Lipstik gel semi-matte Mary Kay.

Warna-warna nya meruntun hati wanitaku..

Apa kelebihan gel semi-matte lipstik Mary Kay berbanding dengan jenama lain?
1) Ia dihasilkan dari "Teknologi Cushion Matrix", di mana ia membuatkan lipstik terasa ringan di bibir (atau rasa mcm x pakai lipstik) dan tahan untuk jangkamasa yang agak lama.
2) Ia diformulasi untuk memberi perlindungan kepada bibir agar kekal lembap dengan menggunakan minyak matahari dan minyak jojoba dalam bahan-bahan lipstik tu. Sebab tu bila pakai gel semi-matte lipstik ni tak rasa keras kejang dan kering macam lipstik matte lain.

Jom kita check satu-persatu koleksi lipstik gel semi-matte Mary Kay ni.. semuanya ada 8 pilihan warna yang memikat:

1. Mahukan warna merah-menyala? Poppy Please boleh dijadikan pilihan. Warna ni sesuai untuk uolls yang berkulit cerah'. Wanita berusiapun boleh memilih warna ni sebab ia boleh menaikkan seri wajah.

2. Jika warna merah hati & ungu menjadi pilihan, uolls mesti pakai Mauve Moment. Gabungan warna pink dan purple tu sangat light dan sangat memikat. Mauve Moment sesuai untuk semua peringkat umur. Setiap wanita yang pakai lipstik Mary Kay pasti akan ada Mauve Moment ni, sebab ia sangat best dan sesuai untuk semua majlis/pakaian. Sebab itulah ia menjadi BEST SELLER lipstik Mary Kay!

3. Satu lagi warna pilihan ialah Always Apricot. Warna ni memang cantik;- warna merah hati lembut. Kalau uolls suka nak nampak muda remaja, tapi xmo keterlaluan, uolls kena ada Always Apricot. Sebab warna pinknya yang lembut tu buat bibir nampak pink semulajadi. Sangat best!

4. Ada masanya kita nak warna yang lebih kewanitaan, betul tak? Kalau warna pink tu, biar pink terang-benderang. Mary Kay mengeluarkan lipstik Powerful Pink untuk kita berani nak menonjolkan kewanitaan kita. Uolls yang cerah sangat sesuai warna dengan warna Powerful Pink ni.


5. Perlu ke majlis makan malam, atau nak keluar dating di malam hari? Haaa... jom pakai Midnight Red. Warnanya merah pekat memikat. Bibir nampak seksi bila pakai Midnight Red ni. Kalau pakai dengan dress warna hitam, memang win lah!

6. Kadang-kadang kita tak nak nampak bergincu, tapi kalau tak pakai lipstik langsung bibir nampak pucat pula. So, di kala begini, pilihlah Bashful You. Kaknor pakai warna ni ketika di rumah. Konon-konon macam tak pakai lipstik, tapi warna serata nampak comey je bibir.. huhu.. kan kena cantik depan suami.

7. Satu lagi warna yang super natural ialah Rich Truffle. Cuma Rich Truffle ni warnanya lebih gelap sedikit dari Bashful You. Sesuai untuk anda yang berkulit sawo matang.


8. Last sekali warna Apple Berry, untuk wanita yang mahu kelihatan elegant. Atau sesiapa sahaja yang suka warna purple, lipstik ini memang osem untuk anda!

Warna-warna memikat, bukan?

Selain daripada warna yang cantik tu, lipstik Mary Kay tersenarai dalam lebih 300 kosmetik yang didaftarkan di KKM. Maksudnya lipstik gel semi-matte ni selamat digunakan untuk sesiapa sahaja, dan tidak merbahaya jika termakan. Biasalah, bila pakai lipstik lepas tu gi makan, memang dengan lipstik tu sekali masuk perut betul tak?

Jika uolls berminat dengan mana-mana warna di atas, boleh hubungi kaknor di 012-2050910 untuk mendapatkan sample lipstik PERCUMA. Kalau uolls duk sekitar negeri Melaka, jom jumpa. Kaknor kasi awak try semua warna yang ada ni... PERCUMA jer.

#kaknormk #marykaymelaka #lipstickmarykay

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MENGENALI SKINCARE/KOSMETIK BAHAYA