MENGENALI SKINCARE/KOSMETIK BAHAYA
Kisah kaknor dengan Mary Kay bermula tahun lepas sebenarnya. Masa tu kaknor tercari-cari skincare yang sesuai dengan kulit. Kulit kaknor jenis berminyak, pori besar dan terbuka, jerawat tak surut-surut, muka kusam, dan yang paling tak best kaknor kelihatan 10tahun lebih tua dari usia. Kaknor dah banyak kali tukar skincare (ramai yg macam ni, kan..), gi Klinik Ko pun penah buat laser bagai tapi stop sebab tak mampu nak teruskan... di mana last sekali tu kaknor pakai jenama XXX buatan syarikat bumiputera.
Masa pakai jenama XXX tu kulit kaknor jadi lebih baik dari biasa, jerawat berkurangan, kulit nampak lebih rata dan warna agak sekata. Tapi kaknor rasa agak sakit dan pedih semasa cuci muka, terutama semasa guna sabun cuci mukanya. Krim malamnya best, sebab esoknya bangun muka jadi makin licin. Di siang hari pula kaknor kena elak terkena cahaya matahari sebab akan terasa sangat perit dan pedih, sampai kulit jadi merah-merah. Kaknor pakai jenama XXX tu dalam 6 bulan. Pada satu masa tu tak sempat nak pergi beli (jenama ni ada jual kat spa2 tertentu sahaja, kat kedai ubat jamu pon takde jual), stok habis, jadi bermulah episode kulit jadi makin teruk dari sebelumnya. Jerawat naik macam cendawan tumbuh lepas hujan. Kulit kaknor yang tak pernah berjeragat sekarang dah berjeragat!
Ini tak boleh jadi. Setahu kaknor, kulit berminyak mcm kaknor sering berjerawat, tetapi tidak berjeragat. Kaknor pakai krim siang yang ada spf50 setiap hari. Mana mungkin masih keluar jeragat?
Kaknor mula buat research. Google punye google, kaknor pun jumpa maklumat ni;
Jerawat kaknor xde masa pakai skincare tu..
Yup, memang terus putih cerah!
yang ni pun menepati!
Betul, krim siang dan krim malamnya berkilat.
Tidak berbau logam, tetapi berbau wangi..
Mungkinkah mereka letak wangian untuk menutupi bau logam tu?
Ini memang kaknor alami.
Berdasarkan ciri-ciri di atas, kaknor terus jadi seriau. Masa tu syak yang jenama XXX tu mengandungi merkuri tapi takde bukti. Dan kaknor tak berani nak stop sebab kalau stop, habislah jerawat naik lagi, kulit akan jadi lebih kusam dari sebelumnya.
Dulu masa sekolah, pernah ada thermometer patah, jadi merkurinya tersebar atas meja. Cikgu terus minta semua orang kosongkan makmal. Bomba dipanggil untuk bersihkan tumpahan. Pelajar yang disuspek kena tumpahan tu terus dimandikan dan diberikan rawatan sewajarnya. Merkuri memang sangat bahaya, sebab itu kita tak boleh pegang sebarangan. Dan sudah tentu tak boleh main sapu kat muka!
Allah nak beri jalan, suatu hari tu nampak kawan lama post kat FB pasal dia pakai Mary Kay. Kaknor memang pernah dengar pasal Mary Kay, dan dari apa yang kaknor dengar tu, katanya Mary Kay sangat bagus untuk merawat kulit bermasalah macam kaknor ni. So, kaknor pon PM tepi, tanye pasal harga. Haha.. biasalah kita ni kan, apa-apapon harga dulu nak tau.
Alhamdulillah, sekarang kaknor dah bertukar sepenuhnya kepada Mary Kay. Diperbuat dari bahan-bahan botanical, jadi segala ciri-ciri di atas tu memang xde. Kulit dah x sensitive macam dulu, rasa lebih lembut dan nampak lebih sihat. Alhamdulillah...
Uolls cuba check kosmetik dan skincare uolls ya.. Kalau ada ciri-ciri di atas, elakkan pakai. Belilah mana-mana jenama yang telah lama berada di pasaran, tidak pernah ditarik notifikasi KKM dan sebaiknya diakui selamat oleh mana-mana organisasi kesihatan.
Kalau perlukan bantuan untuk mengenalpasti samada kosmetik/skincare uolls OK atau tidak, boleh whatsapp kaknor di 012-2050910. InshaAllah kaknor cuba bantu.
Comments
Post a Comment